Ikon fesyen Wak Doyok

Sebagai ikon fesyen Malaysia, Wak Doyok dikenali dengan penampilan beliau yang berbeza dan juga pencinta fesyen Mods (The Modern Stylish). Beliau juga menjadi antara ikon muda yang berani tampil dengan imej bermisai dan berjanggut tebal persis bab jejaka maskulin era Inggeris 60-an. Pada 2012, beliau mengusahakan jenama pakaiannya iaitu The Garment, bersama dua rakan kongsinya, Fairuz Ramdan dan Mal Zahari yang bukan sahaja imejnya yang menjadi ikutan, malah menjadi sebutan kerana penampilannya kini menjadi ikutan kebanyakan kebanyakan pencinta fesyen pada hari ini.[6][7]

Selain berkhidmat sebagai penasihat fesyen buat selebriti dan orang ramai, Wak Doyok turut mempunyai rangkaian perniagaan produk seperti krim jambang, Kopi Wak Doyok dan minyak rambut Pomade. Antara selebriti yang sering bekerjasama dengan Wak Doyok ialah Ameer dari kumpulan Forteen, Karl Shafek dan beberapa nama lagi. Terbaharu, beliau melancarkan jenama pakaian lelaki terbaru, MEGWAK.[8]

Rujukan

WikiPedia: Wak Doyok http://www.imdb.com/name/nm2208405/ http://ohbulan.com/siapa-wak-doyok-sebenarnya-sebe... http://www.star2.com/entertainment/movies/movie-ne... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://jateng.tribunnews.com/2016/10/17/wak-doyok-... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/hubungan-wak...